rufilatiff

Dublin Videographer

Renata Escobar & Greg Wedding - Music Video

Wedding day may well be the most important day of your life,  but remember that is only one day out of your life.   The marriage it represents will hopefully last a lifetime depending to both of you, Congratulation to Renata and Greg. Thanks to all members for your cooperation especially Uday Ismail from (CandidSyndrom), Nazri and Azral (3AF-R).

No comments

Line Towards Frankfurt Part 3 - VideoClip

Alhamdulillah berjaya gak aku siapkan VC nih walaupun masa amat terhad dan banyak perkara-perkara penting yang perlu diambil perhatian untuk masa ini. Namun begitu bagi aku tak rugi kita berkongsi pengalaman atau kenangan sesama kita . Tak kiralah apa jua bentuk pengalaman sekalipun samada di dalam atau di luar negara, ianya tetap tak ternilai sekali kalau dibandingkan dengan wang ringgit. Wang boleh habis dalam sekelip mata tapi pengalaman atau kenangan itu tetap kekal dalam ingatan melainkan gila. Untuk mendapatkan pengalaman kita perlukan pengorbanan, samada wang ringgit, masa dan sedikit usaha. InsyaAllah kita akan dapat apa yang rancangkan. Inilah dia diantara cebisan garisan-garisan kenangan yang sempat dirakamkankan untuk dikongsi sama yang telah diterjemahkan dalam bentuk Video melalui youtube dan facebook…Selamat menonton..

 

2 comments

Line Towards Frankfurt, Germany Part II - Videoclip soon

…..bile sampai di hotel Admiral tu, kami disambut oleh pakcik yang menjaga receptionist counter disitu. Dia tgk kami semacam pastu dia cakap “Guten mugen” terkedu gak aku dan siti .. pastu dia cakap “good morning” ler ..betul la tu sbb kami sampai sana lebih kurang kul 12.30 pagi, sayang tak amik gambar dia sbb. first impression kami kat pakcik tu memang friendly sbb. dia suka sakat syahira dan tasha dalam bahasa german kekek. Biler aku dan aliff selesai check in jer.. dia suggest tak payah bawak pram syahira dan tasha ke atas, tapi kami menolak atas alasan keselamatan. Rupa2nya sugesstion pakciktu bersebab hehe lift yang kitaorang nak naik memang kecik 4 org dah sendad itu pun dalam keadaan perut agak kosong .Dianggarkan 1000 x 750mm jer keluasan lif kirenya saiz dump waiter , nak amik gambar pakai wide lense aliff pun tak dapek ..hehe tapi kitaorang bawak gak ler kasi lipat bebaik pastu masuk lif berganti2x memang confirm tak ikut regulasi bangunan…biaselah nak murah punya pasal. Ok ler dengan harga 60 euro semalam depan zoo Frankfurt dan pizza. Dekat juga ngan publik transport samada teksi dan train . Mungkin Aliff bule citer pasai public transport terutamanya teksi hehe . So Dipendekkan cerita esoknya kami pun redahler Frankfurt dengan condition weather yang cun. Seperti yang diduga para isteri pergi ukur kedai satu persatu dan yang suami pergi tangkap gambar dan usha orang lalu lalang maklumlah esoknya hari ahad kedai semua tutup di Frankfurt…semuanya bule disaksikan di dalam videoklip nanti bersambung …..

DSC_1511 DSC_1424 DSC_1311 DSC_1288 DSC_1085 DSC_1072 DSC_1008 DSC05968 DSC05770 DSC05650 DSC05634 DSC05600 DSC05485DSC05870
photo taken by :Aliff and myself, more story and pictures at www.asalasli.com
5 comments

Line Towards Frankfurt, German Part I

Photo : Aliffiz  editioz :Rufilatiffiz  Videografitz : rufilatiffiz on processorz

11.30 mlm tadi aku, aliff dan keluarga telah selamat sampai ke Dublin. Harini aku cuti plan nak merehatkan diri ler. Tapi sebenarnya aku agak bz skit kerana ada beberapa keje yang perlu kene siapkan yang perlu dihantar seberapa segera ke KL so keje2 pembikinan videoklip terpakse ditangguhkan dulu hehe. Sebagai permulaan perjalanan aku ke  frankfurt kali nih boleh aku katakan satu pengalaman yang baru dan mempunyai keunikan yang tersendiri bermula aku manaiki teksi terus ke Admiral hotel dan disambut oleh pakcik tua iaitu tuan punya hotel yang kirenya mendapat layanan mesra  ala2x german pada jam 12.30 mlm . Nak tau cerita lebih lanjut bule ler pi www.asalasli.com bersambung …

Frankfurt taken by wikipidea by you.
Photo By :Wikitrave.org
5 comments

The High Quality on Youtube - WALL-E FINAL Trailer TRUE-HD

Harini aku bukan nak citer pasai movie nih, cumer aku nak melepaskan perasaan kurang puas hati pasal kualiti gambar yang aku dpt upload di youtube. Sebenarnya aku dah lama admire betul ngan tahap kualiti VC kat bwh. nih , mcm2 aku dah cuba utk nak dapatkan kualiti yang baik, kalau dulu tokan2x VCD kata LD DVD COPY dan skang DVD9 malah dah ada BLU_RAY. Tapi dalam youtube at least dapat DVD Kualiti sound tahap panggung wayang pun jadiklah. Tak bebaloilah kalau nak pakai videocamera yang ada True High Difination tapi dalam youtube gambar cumer bule pegi 640X480…hehe sorilah cerita pasai teknikal skit. Pepehal aku terus mencuba untuk mendapatkan secret recepies sprt. VC dibawah nih…walaupun ianya telah upload melalui youtube gak

VC kat bawah ni antara Kualiti file asal 720x576 mpg2 yang telah diconvert kepada directX WMV9 yang aku upload ..adalah sikit improvement ..

No comments

2008 Preview 1

GP RempitDublin Last Session : Antara aktiviti yang telah kami adakan di Dublin yang telah dianjurkan oleh torot dan Asraf, yang telah diadalan pada 12 Januari 08. Juara telah disandang oleh Md. Shukry, agak2nya  mampukah beliau untuk mengekalkan kejuaraannya di tahun hadapan hehehe..

Photo taken by : dot

No comments

Updated - 3AF+R said Slán to Uday CandidSyndrome and Nazri Ferrari at Dublin Airport

Salam, hari ni 27 oktober 2008 iaitu bank holiday di sini dan juga tarikh keramat bagi Nazri yang tak sabar nak bawak toy barunya ke tanahair utk anak kesayangannya yang telah terpisah hampir 2 minggu dan tarikh itu jugalah Uday dari CandidSyndrome  juga pulang ke tanahair untuk meneruskan kerjayanya di sana. Sebenarnya aku dan rakan2x 3AF+R yang lain baru jer sampai rumah setelah pulang dari airport menghantar Nazri dan uday tadi. Aku doakan semoga korang selamat sampai ke tanahair dengan selamatnya. Cerita pasal pulang ke tanahair Fuad AF3 pun dah tak sabar2x bercuti pulang ke tanah air pada 10 november depan manakala aku, Aliff dan Fly pula akan pulang bercuti pada 27 November depan dan Torot awal December depan …kirenya memasing dah menghitung hari ler nak balik kampung halaman. Kiranya tahun ni ramai yang pulang bercuti ke tanahair. InsyaAllah kepada Uday dan Nazri time2x tu kalau ada kelapangan bule la kita ngeteh2x atau pekene teh tarik . Sebelum terlupa kepada Nazri aku ucapkan selamat bekerja di tempat baru  bulan depan dan kepada Asraf yang tak pulang bercuti aku harap janganlah bersedih kiranya  bolehlah hang mewakili 3AF+R ler kat Dublin nih.. hehe Akhir kata saksikanlah detik2x bersejarah ini…khas dari 3AF+R untuk semua, selamat menonton

2981140618_be65182043_o 2981140624_3da90340b7_o 2981136922_87dc0381a0_o 2981136934_1c2d7e351d_o 2981136926_5a7ae95c47_o

photo taken by : www.asrafsani.com

5 comments

Uday CS & Nazri in Baile Atha Cliath

Edisi videoclip ini khas utk. Uday dan Nazri sebagai tetamu kami di dublin ini . Pada mulanya aku ada merancang nak buat proper skit dalam pembikinan videoclip sempena kedatangan diaorang nih. Tapi masa tak mengizinkan utk. aku merakamkan gelagat Uday dan nazri bersama senjatanya itu. Yelaa selalu kita dapat tgk. hasil kerja depa kat dalam blog…sesekali nak gak tgk mcmana depa nih buat keje kan…hehe kirenya mcm the making of la .. namun dikesempatan Ini sempat gak aku merakamkan gelagat diaorang  sesi fotografi dan videografi Renata Escobar dan Greg sempena majlis perkahwinannya . Bukan senang nak dapatkan angle yang superb beb …. kat celah2 org. pun dia leh shoot, walaupun dalam sekelip mata jer. Lastly terima kasih ler Uday dan Nazri pasai sumbangan gambar hang tuh..bule gak aku bikin ini cerita ….

3 comments

Commercial Break - Health and safety at work

Sekarang nih mcm.2x depa buat polisi, guideline, kod kerja dan bermacam2x tip utk pekerja dan majikan utk nak dapatkan work in good environment samada di pejabat atau di luar pejabat. Aku tak tauler di Malaysia dah ada ke belum . Semuanya ini utk menjamin kesejahteraan pekerja dan majikan yang akhirnya menjurus kepada mutu kualiti nih. Seingat aku di malaysia dulu ada kempen kualiti tapi tak tauler pulak perlaksanaannya sehingga sekarang. Biler pikir2x balik ianya ada kaitan ngan komitmen dan didikasi yang bagus. Pekerja yang berdidikasi dan rajin memang amat disukai bos, malah ada yang sampai tahap jadik working holic pulak..tak salah kalau giler kerja tapi biarlah berpada, nanti silap2x bule kene sindrom hypertension la pulak...ingat badan mau pakai lama. Kali nih aku takmo citer pasai invironment tapi nak sentuh sikitlah pasai perangai  sesetengah bos dan pekerja kita tuh . Pengalaman aku keje kat sini, buat ler keje cam biase…jangan laju sangat dan jangan slow sangat org dulu cakap buat keje mann..mannn..kene ikut rentak office tuh dulu . Bukan apa manusia nih tak pernah cukup .. salah hemat nanti di perah2xkan kita plak . Bagai perumpamaan kalau tahap kepantasan kerja kita berkelajuan sehingga 250 km/sejam bos akan suruh kita laju lagi kirenya umlimited… mcm kat Otoban highway German last2x kualiti kemana, tumpuan kita kemana, malang sekali kalau  hati kita pulak dah mcm  enjin gearbox yang nak pecah..umpama retak menanti belah cheh …memang tak masuk akallah.. tapi bos apa peduli janji masyukkk. Aku cakap mcm ni bukannya apa ..saja nak ingat dan mengigati sesama kita manatau  ada antara kita yang jadi bos kelak, sekarang bule lah cakap esok biler dah jadi bos sendrey mau ingatler dan ingat , pekerja yang baik umpama enjin kereta yang baik tak kiralah berapa cc .dan kuasa kudanya.. dan bos yang baik umpama body kereta yang baik tak kiralah body carbon fibre ke atau zink, titanium dsb so tak payahlah aku nak ceritakan  camner nak jaga kereta dgn baik bak kata nabil..lu pikir lah sendiri hehe …Berbalik pada citer aku tadi…walaupun depa kat sini buat mcm2x polisi itu dan ini …tapi pekara nih masih lagi berlaku….aku harap korang takkan jadi mcm videoclip kat bawah nih walaupun aku percaya korang nyaris-nyaris untuk melakukannya huhu…

No comments

Al-Kisah Rakan Seperjuangan

Tanggal 16 October 2008 ada member kat sini dikenali sbg. Ucop atau nama sebenarnya Yusoff Puteh telah berhijrah ke Dubai UAE. Pemergian beliau ke Dubai telah memberi kesan kepada kami seolah-olah kehilangan sorang otai kat Dublin nih .. yelaa dulu umah ucop bagaikan markas kiteorang tempat lepak2x di hujung minggu.  Pemergian Ucop ke Dubai berseorangan sehingga bulan Jan-Feb 2009, Ucop akan kembali ke Dublin untuk membawa anak dan keluarganya bersama. Bagi aku penghijrahan Ucop ni adalah sebagai satu petanda bukan Ucop saja yang akan berhijrah…malah mungkin rakan-rakan yang lain termasuk aku…kalau tak Dubai mungkin kat kawasan middle east. Apa-apapun aku doakan agar kita semua dimurahkan rezeki dan diberkati walau dimanapun kita berada termasuk di Malaysia .Terima kasih juga aku ucapkan kepada geng2x yang beri sokongan untuk menjayakan projek Video ni walaupun secara X-press. Sebenarnya Videoclip ni telah ditayangkan sempena farewell Ucop di rumah Naza di AdamTown last week cume ada sedikit perubahan dan tambahan di minit 7:56 yang dirakamkan oleh Aziz di Dublin Airport.

Video Taken by : Rufi & Aziz

n619343672_976373_5013 n619343672_976395_2612 n619343672_976386_7871 n619343672_976372_4781 2948089680_4ae24c4b33_o 2948088952_9737bc76d4_o 2947234683_6b6b251852_o

Photo Taken by : Naza & Torot

3 comments

Next Page »

Mexico